Powered By Blogger

Monday 15 September 2014

tugas LPM digantung

Vientiane: Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Saleh, digantung tugas dalam tempoh siasatan berikutan insiden kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan perkara itu semalam, berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim, akan menjalankan tugas dan tanggungjawab Pengarah LPM. "Dalam Kes ini, Pengarah LPM perlu bertanggungjawab kerana sudah menjejaskan integriti Kementerian Pendidikan. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini menyebabkan kira-kira setengah juta pelajar yang menduduki UPSR seluruh Malaysia terpaksa menduduki semula peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment