Powered By Blogger

Monday 15 September 2014

polis tembak kereta pencuri -my metro

Tapah: Polis melepaskan satu das tembakan ke arah kereta dinaiki dua lelaki dipercayai suspek kes curi kabel yang menghimpit kenderaan polis ketika melarikan diri selepas cuba diperiksa di kawasan Kampung Rahmat, Bidor, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, kedua-dua suspek bagaimanapun ditahan dan pemeriksaan polis terhadap suspek serta kenderaan Proton Saga BLM dinaiki mereka menemui segulung kabel yang dipercayai dicuri selain pelbagai peralatan mencuri. Ketua Polis Daerah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai dua kenderaan Proton Waja dan Proton Saga di kampung itu dalam keadaan mencurigakan. “Kereta peronda polis dihantar membuat pemeriksaan dua kenderaan itu, namun sebaik dihampiri kedua-dua kenderaan itu memecut laju,” katanya

No comments:

Post a Comment