Powered By Blogger

Sunday 29 June 2014

rancangan ketuk -ketuk ramadan tv1

Mulai Sabtu 28 Jun 2014, pukul 12.30 tengah hari. Sheila Rusly akan menyerang selebriti tempatan untuk menunjukkan cara-cara memasak juadah sempena bulan Ramadan.

Saturday 28 June 2014

lirik lagu Donasi -Nafas Cinta

Lirik Lagu Donasi - Nafas Cinta Di lautan Cinta iniKu ingin mengarunginyaBelai ombak muram wajahkuMenyisir pasir biduk hidupkuMengayum liku jalan hidupkuBersama cintamuAnungrah hidupkuMembawa cintamu kepadakuMenelusuri lautan cintaDan abadikannyaReff:Kuingin cintamu sepenuhnyaJangan ada lagi cinta lainBesarnya cinta ku tak terkiraSeluas samuderaAlbum indexliriklagu.infoKuingin kau tau kan cintakuJangan ada ragu dihatimuKucinta padamu tuk slamanyaSampai akhir nafas hidupku

lirik lagu papinka -Aku ingin surga

Lirik Lagu Papinka - Aku Ingin Surga Dosa yang ku lakukan sesal yang ku dapatkanHampa hidup yang kini kurasakanKu mohon ampunan hanya padaMu Tuhankesalahan yang ku lakukan di dalam hidupkuSungguh ku merindukanKasih sayangMu TuhanBila nanti ku pulangSurga yang ku inginkanYa AllahSempurnakan hidupku tuntun aku dij alanMuJauhkan aku dari segala siksaMuYa AllahTerimalah tobatku dari segala dosakuAmpuni aku yang telah melupakan MuKu memohon ampunan hanya padaMu TuhanKesalahan yang ku lakukan di dalam hidupkuSungguh ku merindukanKasih sayangMu TuhanBila nanti ku pulangSurga yang ku inginkanYa AllahSempurnakan hidupku tuntun aku dij alanMuJauhkan aku dari segala siksaMuYa AllahTerimalah tobatku dari segala dosakuAmpuni aku yang telah melupakan MuAstaghfirullahAstaghfirullahAstaghfirullahaladzimYa AllahSempurnakan hidupku tuntun aku dij alanMuJauhkan aku dari segala siksaMuYa AllahTerimalah tobatku dari segala dosakuAmpuni aku yang telah melupakan Mu

Ahmad Sanusi Husain.Com: Nama-nama Neraka dan Penghuninya

Ahmad Sanusi Husain.Com: Nama-nama Neraka dan Penghuninya: Neraka Neraka adalah tempat penyeksaan bagi mahluk Allah yang derhaka. Mereka adalah orang-orang yang membangkang terhadap syariat Al...

Peristiwa israk dan mikraj

ISRAK MIKRAJ Peristiwa Isra & Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Rasulullah SAW, merupakan peristiwa penting yg selalu diingati setiap thn oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662M iaitu ketika Rasulullah S.A.W berumur 52 thn, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah.Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.Firman Allah Taala bermaksud:Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya(Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanyasebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi MahaMelihat. (Surah al-Israa: ayat 1).Mikraj pula merujuk kepada perjalananNabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.Firman Allah Taala bermaksud: Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanyayang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yangasal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar. (Surah an-Najm: ayat13-18).Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dariMasjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dankemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi, Rasulullah S.A.W kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar. SEBAB KEPADA ISRAK MIKRAJ Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).Musibah yang menimpa itu mempunyai pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dankeselamatan diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada bagindamalah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada IsrakMikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala. SEBELUM ISRAK DAN MIKRAJ Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan"khatimin nubuwwah".Selesai pembedahan,baru lah didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.ketahui kisah bagai mana Buraq di turunkan ke bumi- PERJALANAN ISRAK DAN MIKRAJ Setelah itu berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W. dengan ditemani oleh malaikat Jibril A.S. menuju ke Bait al-Maqdis dan baginda solat dua rakaatdi situ dan menjadi imam kepada para nabi lain. Setelah selesai solat maka Nabi Muhammad S.A.W. telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman iaitu satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu Nabi Muhammad S.A.W. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tindakan baginda memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril A.S. kerana menepati fitrah manusia. Kemudian baginda dan Jibril A.S. meneruskan Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.